Skip to main content

Apa Itu CINTA


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,

” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”

Jawab titis air mata kedua tu,

” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata

sedangkan rasa suka dimulai dari telinga

Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu,

tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain

perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan

Comments

Popular posts from this blog

Front Page CTU101 Assignment

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS BANDAR MELAKA FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM
CTU 101
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
TAJUK :

PERANAN ISLAM DALAM SISTEM KEKELUARGAAN
MAMP1A
KUMPULAN 1

SITI SALWA BINTI ARIFIN (2012426942)
NORHAZLINA BINTI ABD HAMID (2012838216)
SITI ALIFAH BINTI HAMZAH (2012858824)
AMIRA SYAZARIZAN BINTI MD AMIN (2012427154)
NORLELA BINTI NORDIN (2011137501)

DISEDIAKAN UNTUK

USTAZAH NOR AZLINA BINTI ABD HAMID


22hb03thn2016 jam 1.50 ptg

Assalamualaikum..
Selamat petang..
Ade di pejabat n sekrg ni wak2 rehat..tp kebiasaan nye aku x rehat lah sbb nye nnt xade org plak kat opis, so sape nak angkt tepon..memg muke aku jelah yg jg pejabat ni bile wak2 rehat..huhuhu...
Memandgkan wak2 rehat so aku bukak lah fb, kdg2 aku bukak ye fb even bukn wak2 rehat..saje nak celik kan mate yg mengntuk ni..
Bile aku bukak fb, aku tgk 1 video ni..video thai..xtahu knp hati aku pedih aje tgk video ni..air mate rase nak bergenang je..
Yelah...video pasal kecurangan suami...x sanggup rase nye aku nak tgk habis..
Tapi bile in the end video ni..aku memg x sangka..setiap perbuatn yg kt bt dibalas dgn perbuatan..suami tersebut curang sbb isteri nye curang..
Hari ni aku belajar sesua2..perasaan n emosi kt as manusia kdg2 kt sendiri x boleh nak kawal..Ermm..
Hari ni jugak aku tgu ade msg die if nak tny 'dah mkn ker', 'keje mcm mane, ok ke'...sbnrnye bukn arini je aku tgu, ari2 sebelum ni pun aku tgu jugak..
Kdg2 aku xtahu perlu ke…

Biru Turquoise

aku bukn nak kate baju 2 cantik yer tp cntik gak lah...aku suke warne die 'biru turquoise' sweet kan...aku dah mula jth cinta with this colour...kalu boleh hari yg plg pentg dlm idup aku nnt..wedding aku lah..aku nak warne ni gak...mix with putih mst sweet giler...

aku dulu xbrape suke ngn warne biru ni...kalu pakai rase mcm lahir wak2 bulan gelap..kelam jer hehehe...tp biru turquoise ni die lain skt..biru kehijau2an...smooth n berkilat...2 yg nampk cantik sgt...my abg syg pun suke colour ni tp die memg suke ape jenis pun jnj biru...

kalu boleh my home sweet home t pun aku nak colour ni gak..sejuk jer umah aku so barulah aman damai kerukunan umahtangga...jeng3x hehehe....tp idak ler sumenyer biru t lgsg xnmpk ape plak...some of part dlm umah jer...

sume org ade warne2 keperibadian nyer tersendr...cm aku belum pernh lah ade koleksi baju2 ngn colour ni maybe coming soon kot...who's know kan???so from now being biru turquoise akn jd my favourite colour...huhuhu....