Doa Buat Suami>RAHIMI

Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash...
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tangan ku di titian Mu...
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya...
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu...
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya...
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia Mu...
Peliharalah tingkah laku dan kata-kata ku dari menyakiti hatinya...

Amin...

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Engkaulah yang Maha Agung
yang telah menciptakan qadha' dan qadar ini
ksmi pohon restu dan keredhaan Mu
jadikanlah ikatan ini selamanya
diberkati oleh Mu agar
sentiasa dilimpahi dengan
keimanan dan kasih sayang dan peliharalah ia
semoga ianya akan berkekalan dengan rahmat Nya
dan cahaya kasih Mu di dunia ini
dan di akhirat nanti ...
serta dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha
Ya Allah
satukanlah hati dua hamba Mu ini
sepertimana Engkau satukan hati
Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha
dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah

Amin Ya Rabbal Alamin







Comments

Popular posts from this blog

Front Page CTU101 Assignment

22hb03thn2016 jam 1.50 ptg

Warga kerja SK Kemedak