Monday, April 30, 2012

Penulis??Cita2 baru

hahaha...nak gelak pun ade.xtahu lah kali ni niat nak jd penulis 2 akn jd kenytn or x.just wait.tp aku dah hasilkn 2,3 cerpen tp siapnye separuh2 jer.hahaha.yelah kan mane dgn keje kat ofis lg bile maselah aku nak menulis kan.balik2 umah jer aku dah membuta so idea pun xkn dtg lah..

tp xmustahil kan.dlm dunia ni ape je yg mustahil jnj kt ade usaha kan kan kan.dulu mase kecik2 ingt lg aku ade 2 cita2.nak jd doctor n cikgu.doktor xkesmpaian tp cikgu??huhuhu sekrg pun aku keje ngn cikgu.kerani cikgu n tempat keje nye seklh.lawak lawak.mcm aku ckp dlm dunia ni xade yg mustahil.even capai ape yg kt nak tp skt2 ade jgk ah melekat kann..hehehe...

InsyaAllah aku akn berusaha jgak utk jd novelis 2.yelah aku suke menulis cume xade skill je.alaaa 2 xpentg yg pentg kt kene ade keyakinan utk stp ape yg kt nak usahakan.my hubby pun sentiase sokong dgn ape yg aku bt.syg abg.tq dear for being in my side.always.love u so much dear.

alhamdulillah..moga2 impian aku ni akn tercapai.hope kwn2 jgak doakn aku yer...

Sunday, April 15, 2012

Tips istemewa untuk suami>isteri


isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantic tersebut semakin padam dan hampir l...enyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.

Berikut adalah Tips untuk Suami.

1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.

2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.

3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)

4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.

5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.

Kahwin???


mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, k...erana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin...>renungan bersama...

Saturday, April 14, 2012

Angin satu badan?Kenapa ye?

mane aku xhangin 1 bdn kan,knp die suke ckp yg bukan pasal hubby aku.sape die ngn hubby aku?die dah xade kene mgena lg pun.sekrg ni ape yg ko ckp 2 pasal suami aku,aib suami aku,aib keluarga.DIA je yg lbh tahu,ape aku rase skrg ni,sakit sgt hati aku.sedih.sume aku rase. ape lg yg die xpuas ht?knp suke kcu keluarge aku?
teringin rase aku nak sms je kat die n balas ape yg die ckp tp bile aku bt mcm 2 samelah aku mcm die.saling menyalahi diri memsg.ape yg aku dpt?xdpt ape2 kan.sakit ht yg aku dpt.2 aje.tolonglh,tolong jgn ganggu keluarge aku.kau nak amik hak kau,amik lah.jd jgn kau persoalkn ketidakbertgjwban org lain.

ingt,langkah kt msh pnjg.kt xtahu ape yg kt akn hdpi mase akn dtg.aku bukn nk doakn yg buruk,berdosa sesorg 2 mendoakn yg buruk utk org lain.tp DIA lbh mengetahu segala2nye.jgn biarkn aku tunjkkn keburukn yg ade dlm diri aku ni.keburukn yg dah lame aku tglkn.jgn smpai aku malukan kau.tolong,tlg jauhi diri kau dr keluarge aku.ckplah ape yg ko dpt,ape lg kau nak?

anak??ank 2 hak kau dunia akhirt,xade sape pun yg pertikaikn mlh aku sedar sape aku.aku tahu ko lbh berhak.cm jgn perbdhkn diri sbb kau adlh contoh didikan yg terbaik dlm mewarnai kain putih untuk menjadi corak yg terbaik.jgn seskali ko lepaskn peluang,peluang 2 dtg skali je dlm idup kau.

maafkn aku.aku xselyknye ckp mcm ni kat ko cm aku dah xthn.dah xthn dgn hinaan kau n saudr2 kau ats suami aku.jd aku doakn pd DIA moga2 dibukakn pin2 hati kau,moga ko blh lihat mane yg benar n mane yg slh.amin...

Tuesday, April 10, 2012

Makna bunga ros


Ros Biru
> ketulusan dan kejujuran dari si dia sebagai tanda cintanya yang abadi

Ros Merah Jambu
> kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama.maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini

Ros Kuning
> si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaaan cemburu terhadap kamu

Ros Putih
> rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih

Ros Merah
> si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

My Hubby


Nama penuh > Rahimi bin Ramli~aku pangil abg je

Umur > 39 tahun~tua dah pun hehehe

Akademik > Sek.Sains Tunku Jaafar, Kuala Pilah~SPM je

Pekerjaan > Owner of CSI Travel & Tours Sdn Bhd, CSI Ent.~aku tukang sibuk je slalunye hu2x

Tempat Lahir > Hospital Daerah Jelebu~same tempt lahir ngn aku tp my hubby lahir dulu he3x

Tarikh Lahir > 13.07.1973~ape nak kasi hadiah t erk,no idea.xape tgu hari kejadian

Favourite > ape erk??alahaiiii xingat ah pelupe btl aku ni~isteri xckp mithali ni

Menu kesukaan > of course ah sardin,xpun telur ke.xkisah ah msk ape pun~jns xcerewet

P/S > ckp kut,name pun biodata xkan ah nak kasi tahu sume,selebihnye aku simpan dlm hati

Pesan sahabat

ade ramai org kahwin muda....dlm proses penyesuaian mmg agak sukar....tp takpe...kita belajarr.....kena fhmkan dia mcmana....sabar tu mmg perlu...sgt2 perlu.....doa byk2....setiap org tak sempurna...ada kekuarangan masing2....kita jgn fikirkan sgt tentang kekurangan org tu..kita pandang pd kelebihannya...apa yg buat kita suka pd dia....kita sendiri pun byk kekurangan...dia pun kena byk bersabar dgn kitaa....sama2lah berusahaa....

wawa...pengorbanan seorang isteri tu ganjarannya besar...setiap apa yg kita buat utk suami..disulami dgn rs ikhlas semuanya dikira pahala....sabar pun dpt pahala...diam tak melawan pun dpt pahala....jadi kita fikirkan yg tu aje..utk bg kita kekuatan...

pendekatan yg terbaik ialah diam. Tp ada masanya perlu juga kita bersuara...bukan dgn amarah...tp sekadar mengajak berbincang...berkomunikasi...krn dia perlu juga tau apa yg ada dlm fikiran.....lebih baik bersuara drp meletup di kemudian hari...

kalau gunakan pendekatan yg betul....tidaklah jatuh derhaka. Jgnlah maki hamun suami....guna perkataan yg kasar...memekik2 pd dia...itu dh tentulah salah...

rmhtgga mana yg tak dilanda masalah....ini perkara biasa...apa2 pun berdua itu lebih baik dr sendiri....



Wahai Adam...

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...

Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Wednesday, April 4, 2012

Keliru??Bosan??

aku xtahu knp dgn aku 2,3ari ni tp yg pasti aku ade mslh emosi.kpale aku skt fikirkn mcm2 bnd,sumenye.kdg2 aku terfikir nk je tmtkn sume ni sekrg.dah mcm 1 beban plak.tp aku xsgup,seolah2 aku xredha ngn ketentuan Dia.jadi aku cube sedy upaya utk tingktkn kesbrn dlm diri aku.it's too hard...

aku mule fkr yg bukan2,aku mula nak lari dr sume ni.arghhhh...serabutnye.xpernh aku rase giler mcm ni.baring duk termenung pndg siling mcm org xbtl.aku cume xade tempt nak ngadu..nak nangis..nak luahkn sume yg terbuku kat hati ni.suami??xtahu lah...

pd Dia aku luahkn sumenye,berat sgt dah hati aku ni menanggung.arini aku cube berlagak biase walhal aku xok sebnrnye.knp kali ni aku xckp kuat??dulu lg besar dugn buat aku.smpai aku pernh fikir yg aku nak die lepaskn aku.Ya Allah,berdosanye aku.die xade slh ape2 pun pd aku.sbb aku dah mule bosan n x rase ape2 pun.ape aku bt ni lbh pd jg ht jer...

aku xnk jd hambaNya yg xbersyukr.seboleh2nye aku cube buang persn ni jauh2 tp smpai bile??smpai akhirnye aku angkt kaki n diamkn diri dr sume ni.knp dgn aku ni??ape yg aku cb buat??Ya Allah Ya Tuhan ku kau kuatknlah semngt hamba Mu ini Ya Allah, kau titipkn lah kesbrn yg tinggi dlm diri ku Ya Allah...jauhknlah hamba Mu ini dr kekufurn Ya Allah..

>>btl kate mak dulu "along dah bersedia utk hadapi ape jua yg dtg di kemudian hari nnt??hidup ni xsemudh yg kt sngka n jgka.kene byk2 sbr"tp mak along xkuat actually,along dah mule goyah.along nak lari dr sume rase yg menyesakkn ni..

22hb03thn2016 jam 1.50 ptg

Assalamualaikum.. Selamat petang.. Ade di pejabat n sekrg ni wak2 rehat..tp kebiasaan nye aku x rehat lah sbb nye nnt xade org plak kat op...